suria

Penjaga Gol Kelab Indonesia Maut Rempuh Rakan Sepasukan

PENJAGA gol Persela, sebuah kelab bola sepak Indonesia, meninggal dunia selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya, Ramon Rodrigues dalam perlawanan petang Ahad.

Choirul Huda, 38, beraksi untuk pasukannya di Liga Super Indonesia menentang Semen Padang dalam kejadian itu yang berlaku pada babak pertama perlawanan.

Huda diisytiharkan meninggal pada pukul 5.15 petang, dikelilingi skuad Persela yang bersama dengannya di Hospital Umum Serantau di Lamongan.

Legenda kelab itu terlanggar pemain pertahanan pasukannya sendiri sebelum berakhirnya 45 minit pertama, ketika dia berusaha untuk menangkap bola di depan gawang.

Pasukan perubatan segera ke padang untuk memberikan bantuan kecemasan, tetapi sayangnya dia meninggal dunia akibat kecederaannya sejurus selepas tiba di hospital.

Doktor Zaki Mubarok berkata: "Ketika tiba di hospital dia masih bernafas, tetapi tidak bermaya sekitar jam 5 petang.

"Melalui analisis kami, ia disebabkan perlanggaran di kepala dan bahagian belakang leher."

Pengurus Persela, Aji Santoso mengesahkan anak buahnya itu meninggal dunia selepas perlawanan berkahir.

"Semua pemain menamatkan permainan dan pergi ke hospital, yang mana dia Choirul Huda diumumkan telah meninggal dunia.

"Kehilangan Choirul Huda telah memberi kesan mendalam buat kami. Kami tidak mempunyai masa untuk berjumpa doktor, hanya dapat melihat mayatnya."

Huda telah bermain dalam hampir 500 perlawanan untuk Persela selepas membuat penampilan pertamanya pada tahun 1999.

Kelabnya mengalahkan Semen Padang 2-0 di Stadium Surajaya.

Persela, Choirul Huda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain