suria

Sanchez Sudah Buat Pilihan

ALEXIS Sanchez akhirnya sudah membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya.

Pemain kebangsaan Chile itu memilih untuk menjadikan Manchester City sebagai destinasi terbaharunya ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula, awal tahun depan.

Sanchez turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain pada musim panas lalu tetapi nampaknya langkah penyerang Arsenal itu ke City lebih cerah selepas mendapat sokongan daripada Pep Guardiola.

Guardiola pernah bekerjasama dengan Sanchez semasa di Barcelona.

Arsenal menerima tawaran bernilai 60 juta pound sterling daripada City pada Ogos lalu tetapi rundingan itu dibatalkan saat akhir kerana Arsenal tidak dapat mencari penggantinya.

Difahamkan City akan terus membida Sanchez, tapi kali ini tawaran hanya sekitar 20 juta pound sterling.

Pada Jumaat, Arsene Wenger memberi bayangan bahawa Sanchez dan Mesut Ozil akan meninggalkan Arsenal pada Januari depan memandangkan kontrak kedua-dua pemain itu bakal tamat hujung musim ini.

The Daily Mirror melaporkan masa depan Sanchez pada Januari depan hanya akan ditentukan oleh prestasi Arsenal pada musim ini.

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain