suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Mahu Conte

ANTONIO Conte memberi bayangan kepada AC Milan betapa dia merindui negaranya itu dan mahu kembali ke Itali suatu hari nanti.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pengendali The Blues itu ketika The Roosoneri bergelut dengan prestasi tidak menentu ketika ini.

Milan menduduki tangga ketujuh Serie A walaupun beberapa nama besar dibawa masuk pada jendela perpindahan pemain Ogos lalu.

Walaupun pengendali Milan, Vincenzo Montella kini tertekan, pengarah bola sepak pasukan itu, Massimiliano Mirabelli menafikan khabar angin yang mengaitkan Conte dengan mereka.

"Kami sudah ada pengurus dan kami tidak fikir mengenai Conte atau pengurus lain," katanya kepada Radio Rossonera.

Conte menandatangani kontrak baharu pada musim panas lalu yang menyaksikan kenaikan gaji tetapi tidak pada lanjutan kontraknya.

Ia sekali gus menimbulkan desas-desus bahawa jodoh Conte bersama Chelsea tidak panjang.

Namun penyokong Chelsea bagaimanapun berharap agar The Blues dapat memujuk bekas pengendali Juventus itu untuk kekal di London selepas kagum dengan pencapaiannya bersama pasukan musim lalu.

Conte mengemudi Chelsea memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dan mara ke final Piala FA.

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Paul Scholes Kembali

Artikel Berikut

Wenger Tertipu!

Artikel Lain