suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic Kembali Sertai Latihan

Ibrahimovic tiba di Carrington. Foto Eamonn and James Clarke

ZLATAN Ibrahimovic bersama rakan sepasukan Manchester United mengadakan latihan pada Rabu ketika beliau masih dalam pemulihan selepas pembedahan akibat kecederaan lutut.

Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United sebulan yang lalu tetapi jarang dilihat di kompleks latihan Carrington milik kelab itu. 

Kontrak Ibrahimovic yang tamat tempoh pada musim panas lalu, dan difahamkan beliau pada awalnya menolak tawaran pengurus, Jose Mourinho untuk melanjutkan kontraknya.

Bagaimanapun, Ibrahimovic yang pulih daripada kecederaan ligamen lutut dan bertambah baik daripada yang dijangkakan, kemudiannya memeterai perjanjian baharu.

"Selepas sumbangannya musim lalu, beliau berhak mendapat kepercayaan kita dan kita sabar menunggu dia kembali. 

"Saya tak ragu-ragu dia akan menjadi penting pada baki musim ini," kata Mourinho.

"Saya tidak sabar untuk kembali bermain di padang Old Trafford, tetapi saya juga tahu bahawa saya perlu mengambil masa untuk memastikan saya sudah bersedia," kata Ibrahimovic selepas Manchester United mengesahkan beliau akan bersama kelab itu untuk tempoh setahun lagi.

"Saya telah bekerja keras dan akan terus melakukannya untuk memastikan saya berada dalam keadaan terbaik untuk kembali ke lapangan," katanya.

Ibrahimovic dijangka kembali menjalani latihan penuh sebelum hujung tahun ini.

Walaupun Mourinho pada awal musim ini menjangkakan Ibrahimovic tidak akan bermain sehingga Januari tahun depan, tetapi terdapat kemungkinan pemain kelahirann Sweden itu akan membuat kemunculannya pada 2017. - manchestereveningnews

Artikel Sebelum

Zairil Tetap Mahu Lepas Jawatan

Artikel Berikut

Vountus Ganti Jeremy

Artikel Lain