suria

Vountus Ganti Jeremy

Vountus Indra Mawan Saniru.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik bekas pemain beregu kebangsaan, Vountus Indra Mawan Saniru sebagai jurulatih beregu lelaki negara bagi menggantikan Jeremy Gan yang meletakkan jawatan pada 30 September lalu.

BAM, dalam kenyataan pada Khamis, berkata pelantikan bekas pemain berusia 28 tahun dari Sabah itu berkuat kuasa 15 Oktober ini dan akan bertugas sebagai penolong jurulatih kepada ketua jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit.

Vountus, yang berganding dengan Mohamad Arif Abdul Latif, pernah merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Remaja Asia 2007 di Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut membantu skuad Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran pada temasya Sukan Universiti (Universiade) di Gwangju, Korea Selatan pada 2015. - BERNAMA

BAM, Vountus Indra Mawan Saniru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain