suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paul Pogba Buat Penyokong Liverpool Ketar Lutut

BINTANG Manchester United, Paul Pogba memberi perkembangan positif mengenai kecederaan yang dialami menjelang perlawanan menentang Liverpool pada Sabtu ini.

Pemain tengah itu terpaksa ditepikan selepas mengalami kecederaan ketika membantu United menewaskan Basel dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun ketika Jose Mourinho sedang melakukan persediaan bagi menghadapi Liverpool pada Sabtu ini, Pogba tampil dengan video di Instagram miliknya.

Video itu menyaksikan Pogba sedang giat meningkatkan tahap kecergasan dan dia mampu kembali jika diperlukan dalam perlawanan minggu ini.

Portal sukan England mendakwa, tindakan Pogba mendedahkan keadaan terkini pasti akan membuatkan kem Liverpool lebih bimbang.

Selain rekod tanpa kalah United dan Liverpool yang gagal menang dalam enam perlawanan, kehilangan pemain akibat kecederaan antara yang merisaukan penyokong The Kop.

Kekuatan yang berpihak kepada Liverpool setakat ini ialah mereka bakal turun melayan kunjungan anak didik Mourinho di Anfield.

Namun bukan sesuatu yang mustahil untuk United menewaskan Liverpool  mereka di gelanggang lawan.


Manchester United, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain