suria

Lawan Liverpool, Peminat United Ada Permintaan!

Jose Mourinho

MANCHESTER United akan menentang Liverpool, Sabtu, dalam apa yang dianggap mereka sebagai salah satu perlawanan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kedua-dua kelab nyata tidak dapat mengelak daripada pertembungan ini, tetapi dapat dikatakan bahawa Red Devils berada dalam situasi lebih baik dan kelebihan memihak kepada mereka.

Skuad bimbingan Jose Mourinho tidak pernah kalah dalam 10 perlawanan, sementara Liverpool hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.

Pertahanan Jurgen Klopp telah dipersalahkan dalam kempen ini dan barisan serangan mereka menerima tamparan hebat pada Selasa apabila Sadio Mane terpaksa berehat selama enam minggu kerana kecederaan hamstring.

Dari perspektif United, mereka berada dalam situasi yang kukuh setelah menjaringkan 21 gol Liga Perdana dan tiga daripadanya telah dijaringkan oleh Anthony Martial.

Pemain dari Perancis itu kerap ditukarkan dengan Marcus Rashford, tetapi tidak pernah menghampakan apabila diturunkan oleh Mourinho.

Justeru peminat United berharap pemain berusia 21 tahun itu akan diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika menentang Liverpool di Anfield.

Situasi ini dapat dilihat di media sosial, malah terdapat peminat yang mengugut untuk melakukan protes jika Martial tidak diturunkan.

Anthony Martial, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kaka Nak Bersara?

Artikel Lain