suria

Perlawanan Terakhir Penentu Nasib Pemain - KFA

PETALING JAYA: Perlawanan terakhir pasukan Kedah dalam aksi Piala Malaysia bakal menjadi penentuan buat beberapa pemain yang sedang dipantau Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk dilanjutkan kontrak.

Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, pihak pengurusan sudah mencapai fasa akhir bagi menyambung kontrak pemain-pemain yang akan tamat pada 30 November ini.

"InsyaAllah akan dimuktamadkan dalam masa terdekat apabila kedua-dua pihak (persatuan dan pemain) mencapai persetujuan untuk terus kekal bersama Kedah.

"Hampir keseluruhan pemain telah ditawarkan untuk terus kekal bersama skuad Kedah," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aminuddin memberitahu bahawa terdapat segelintir pemain yang masih belum diberi tawaran kontrak baharu.

"Ada juga di kalangan mereka yang masih diberi perhatian berdasarkan prestasi semasa lebih-lebih lagi liga kita yang masih berlangsung.

"Pasukan kita juga bersaing dalam Piala Malaysia," tambah beliau.

Skuad Helang Merah akan bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bertemu Felda United pada 15 Ogos ini, manakala aksi timbal balik pada 21 Oktober di Alor Setar.

Satu lagi saingan separuh akhir Piala Malaysia di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Manakala aksi Liga Super terakhir anak buah Muhammad Nidzam Adzha Yusoff bertemu JDT pada 28 Oktober.

KFA, Kontrak Pemain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain