suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Sedia Berdepan Real Madrid Demi Pemain MU

SELEPAS diancam oleh tindakan Real Madrid yang mahukan khidmat pemain penting Manchester United, kini kelab itu berdepan kuasa wang Paris Saint-Germain (PSG) pula.

Perpindaahan De Gea ke Real hampir berlaku ketika United dibimbing Louis Van Gaal, namun mesin faks kelab berkenaan berjaya mengagalkan usaha tersebut.

Bagaimanapun usaha Real tidak terhenti setakat itu walaupun De Gea telah menandatangani kontrak baharu kerana mereka tetap inginkan khidmat penjaga gol tersebut.

Terbaru, portal berita England melaporkan, PSG mula menyatakan minat untuk mendapatkan De Gea.

Kelab milik jutrawan Arab itu dilapor sedia berdepan Real bagi bersaing mendapatkan De Gea pada akhir musim ini.

Kelab gergasi Perancis berkenaan mula mengalih perhatian kepada De Gea selepas gagal mendapatkan Jan Oblak yang bernilai €100 menerusi penebusan kontrak.

Penerbitan Le10 Sport mendakwa, PSG telah menaruh minat secara serius terhadap De Gea dan mereka akan mula memburu pemain berkenaan akhir musim ini.

Bagaimanapun, pengendali United, Jose Mourinho menegaskan bahawa De Gea tidak akan dijual.

Manchester United, PSG, Real Madrid

Artikel Sebelum

Skandal Rooney Naik Angin

Artikel Berikut

Artikel Lain