suria

Andrea Pirlo Bakal Sertai Chelsea?

ANDREA Pirlo dilapor bakal menyertai Chelsea pada musim depan selepas mewakili kelab MLS.

Legenda Itali itu mengumumkan untuk menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak di Amerika Syarikat pada akhir musim.

Berikutan itu, Pirlo, 38, dilapor mahu melangkah ke karier baharu iaitu sebagai jurulatih.

Setakat ini, Pirlo dikaitkan untuk menyertai Chelsea dengan jawatan sebagai penolong Antonio Conte.

Bagaimanapun ketika ditemui Wartawan, Pirlo enggan menjelaskan masa depannya sehingga dia mengakhiri karier sebagai pemain bola sepak profesional.

"Saya sedar masa itu (bersara) akan datang.

"Setiap hari terdapat masalah fizikal, oleh itu saya tidak dapat bertahan lebih lama lagi kerana masalah sentiasa datang.

"Untuk masa depan saya tidak tahu lagi kerana ingin kembali ke Itali dahulu pada Disember.

"Menjadi penolong Conte? Ramai orang berkata begitu. Saya ada idea sendiri dan akan membuat keputusan sendiri,"jelasnya.

Chelsea, Itali, Andrea Pirlo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Barcelona Intai Martial

Artikel Lain