suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketiadaan Pogba Bimbangkan United?

-fotoREUTERS

MANCHESTER United dilaporkan bimbang pemain tengahnya Paul Pogba terpaksa berehat dua bulan lagi akibat kecederaan hamstring yang dialaminya.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak meneruskan perlawanan dalam kemenangan 3-0 Red Devils ke atas Basel dalam saingan Liga Juara-Juara pada 12 September lalu dan sejak itu tidak muncul dalam lima perlawanan.

Jose Mourinho mendedahkan bahawa, walaupun tiada tempoh masa tertentu dapat diberikan mengenai ketiadaa Pogba, pemain itu berkemungkinan akan berehat panjang.

Menurut The Sun, United terpaksa bermain tanpa Pogba sehingga musim Krismas mereka yang sibuk, termasuklah dalam tiga perlawanan liga utama menentang Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester City.

Pogba menyertai semula kelab dari Juventus dengan rekod £89 juta tahun lalu.

Paul Pogba, hamstring

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain