suria

Wenger Intai Pemain United Ganti Sanchez

ARSENE Wenger telah mengenal pasti bintang Manchester United sebagai pengganti Alexis Sanchez di Arsenal.

Kontrak Sanchez akan berakhir pada musim panas akan datang dan dia tetap enggan memperbaharui kontraknya.

Arsenal begitu terdesak untuk berbincang mengenai kontrak baharu dengan bintang Chile itu kerana tidak mahu kehilangannya secara percuma.

Namun, menurut The Sunday Mirror, Wenger sudah bersedia untuk membawa masuk Anthony Martial dari Old Trafford.

Malah Wenger juga yakin dapat memuktamadkan perpindahan Martial meskipun United menyatakan dia tidak akan berhijrah ke kelab lain.

Anthony Martial.

Wenger mahukan seorang pemain berkebolehan yang boleh beraksi di bahagian serangan mahupun tengah seperti Sanchez.

Pengendali Arsenal itu kini hanya perlu memujuk Martial untuk memulakan langkahnya tetapi percaya pemain tersebut terbuka untuk berpindah ke London.

Ketika ini, United dikaitkan sebagai destinasi berpotensi untuk Sanchez dan juga Mesut Ozil yang masih enggan memperbaharui kontrak mereka.

Wenger menegaskan kedua-dua pemain itu tidak akan dijual pada Januari tetapi jika mereka berkeras untuk tidak memperbaharui kontrak masing-masing, Wenger mungkin perlu mempertimbangkan bidaan terhadap Martial.

Martial bermula hambar pada kempen musim ini meskipun ada kalanya disenaraikan dalam kesebelasan utama United.

Dia menjaringkan tiga gol termasuk di pentas Eropah dan membantu mencipta dua peluang menghasilkan gol pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Arsenal

Artikel Sebelum

Raiola Gagal Pujuk Dybala

Artikel Berikut

Gol Matuidi Lonjak Perancis

Artikel Lain