suria

Mujur Ada Iwobi

PENYERANG Arsenal Alex Iwobi menjaringkan gol tunggal yang membantu Nigeria mara ke pentas final Piala Dunia 2018 selepas pasukan itu menundukkan Zambia, 1-0 pada aksi kelayakan, awal pagi Ahad.

Iwobi menjaringkan gol berharga untuk Nigeria ketika perlawanan berbaki 17 minit di Stadium Antarabangsa Godswill Akpabio, Uyo.

Dengan kemenangan itu, Nigeria mara ke Piala Dunia buat kali keenam.

Menerusi kemenangan itu juga, Nigeria kini mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan peringkat Kumpulan B manakala Zambia mengutip tujuh mata berbekalkan baki satu lagi perlawanan.

Sementara itu, Ghana tersingkir selepas terikat seri 0-0 dengan Uganda.

Mesir pula akan mengesahkan kemaraan dalam Kumpulan E jika mereka menundukkan Congo.

Pasukan timur tengah itu tidak pernah beraksi pada Piala Dunia sejak 1990.

Alex Iwobi

Artikel Sebelum

Gol Matuidi Lonjak Perancis

Artikel Berikut

Artikel Lain