suria

Ketua Juarulatih Croatia Dipecat

Ante Cacic

KETUA jurulatih Croatia dipecat pada Sabtu.

Ante Cacic dipecat dan Zlatko Dalic mengambil alih tugasnya menjelang perlawanan penting Kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di Ukraine Isnin ini.

"Dalic adalah jurulatih baharu dan akan menguruskan perlawanan akhir kelayakan di Ukraine," jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Croatia (HSN), Davor Suker.

"Ahli jawatankuasa HNS membuat keputusan selepas sepanjang malam berbincang untuk menamatkan kerjasama dengan Cacic.

"Kami hanya menilai empat perkara dalam empat perlawanan terakhir dan tidak ada pilihan lain untuk mengelak daripada keputusan ini dibuat."

Dalic,50, merupakan bekas pemain tengah menyambung kariernya di kelab Croatia, Varteks Varazdin serta jurulatih Al Ain (UAE) dalam tempoh tiga tahun lalu dengan membawa pasukan itu ke final Liga Juara-Juara 2016.

Sementara itu, Cacic dipecat selepas keputusan seri 1-1 bertemu Findland pada Jumaat.

Croatia kini berada di kedudukan kedua kumpulan dengan 17 mata dalam sembilan perlawanan.

Mereka kekurangan dua mata daripada pendahulu kumpulan, Iceland.

Jurulatih Croatia

Artikel Sebelum

Artikel Lain