suria

‘Mental’ Ozil Sudah Tinggalkan Arsenal - Koewn

BEKAS pemain Arsenal, Martin Keown percaya jiwa Mesut Ozil sudah tiada di kelab.

Perancang utama The Gunners itu hanya tampil dalam empat perlawanan sahaja musim ini dan tidak beraksi ketika kemenangan ke atas Bate Borisov aksi Piala Europa.

Kontrak bintang Jerman itu bakal berakhir penghujung musim ini dan Ozil dikaitkan dengan beberapa kelab lain menjelang musim perpindahan dibuka nanti.

Dan Keown memahami situasi itu yang sentiasa bermain di fikiran pemain tersebut.

"Saya yakin dia cuba menguji Wenger (Arsene) lebih daripada pemain lain. Dia tidak bersemangat untuk menyertai skuad ke Belarus selepas ini. Dia tidak mahu pergi.

"Tiba-tiba dia cedera lagi. Dia hanya bermain sembilan minit bertemu West Bromwich Albion Isnin lalu. Jadi bagaimana di boleh tercedera di sana?.

"Saya rasa dia sudah meninggalkan sesetengah 'bahagian'," ujarnya.

Malah Koewn percaya, Wenger mempunyai perancangannya tanpa menyelit nama Ozil.Wenger memulakan senarai pemain dengan Alex Iwobi bersama Alexandre Lacazette dan Danny Welbeck ketika aksi seri 0-0 ke atas Chelsea September lalu.

"Saya juga yakin dia (Wenger) tidak mahu mencampurkannya dengan pemain muda."

Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain