suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Oscar Bongkar Kisah Di Sebalik Perpindahan Ke China

SELEPAS sembilan bulan meninggalkan Chelsea, Oscar mengakui gembira di liga China, namun turut menyimpan kekesalan.

Pemain tengah Brazil itu meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai Shanghai SIPG dengan pemindahan bernilai £60 juta.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui faktor kewangan turut mempengaruhi perpindahan berkenaan.

"Ketika saya membuat keputusan dan berpindah ke sini, saya hanya fikirkan keluarga berbanding karier.

"Jika fikirkan karier memang saya mendapat banyak tawaran dari kelab Eropah, tetapi bila terfikir mengenai kelaurga, terfikir saya masih muda dan boleh kembali ke Eropah selepas ini.

Menurut Oscar, demi berhijrah ke China, dia telah menolak tawaran Atletico Madrid dan tiga kelab gergasi Itali dan itu antara kekesalan pemain berkenaan.

"Semasa berbincang dengan Shanghai, saya juga berkomunikasi dengan kelab besar dari Eropah.

"Atletico Madrid antara yang saya hampir sertai. Saya sukakan kelab ini kerana mereka memberi tawaran menarik.

"Saya juga mendapat tawaran dari Juventus, Inter Milan dan AC Milan. Tetapi saya memilih Shanghai kerana masih dapat kembali ke Eropah selepas ini," jelasnya kepada Copa90.

Brazil, Oscar, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain