suria

United Mahu Tewaskan Guardiola, Bawa Pulang Bekas Pemain

MANCHESTER United berharap dapat membawa pulang bintang mudanya ke Old Trafford selepas Manchester City turut mahukan pemain berkenaan.

Jack Harrson yang merupakan pemain New York City menjadi perhatian kelab Liga Perdana Inggeris selepas dipanggil menyertai skuad Bawah 21- Tahun England.

Selain itu, pemain berusia 20 tahun berkenaan turut berjaya membawa dirinya sebagai seorang pemain muda yang menyerlah di MLS.

Harrison yang merupakan rakan sepasukan Marcus Rashford meninggalkan England empat tahun lalu selepas tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun apabila berada di Amerika Syarikat, aksinya semakin menyerlah seperti rakan di United.

Menurut The Sun, Manchester City kini sedang berusaha untuk membawa pemain itu ke England kerana dia berada dalam senarai pelan jangka panjang Pep Guardiola.

Namun, United sebagai bekas kelabnya tidak mahu dimalukan oleh kelab jiran dan akan turut berusaha untuk membawa pulang Harrison ke Old Trafford.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain