Apa Saja Demi Conte - Sukan | mStar

Apa Saja Demi Conte

Alexis Sanchez.

CHELSEA bersedia mengeluarkan perbelanjaan besar terhadap Alexis Sanchez dan Alex Sandro pada Januari depan untuk memastikan Antonio Conte kekal di Stamford Bridge.

Kontrak penyerang Arsenal itu akan berakhir pada hujung musim ini dan Sanchez kini menjadi tumpuan kelab Eropah.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Chile itu secara perpindahan percuma pada hujung musim.

Namun Chelsea juga enggan terlepas peluang untuk memuktamadkan perpindahan Sanchez.

Pada masa sama, Arsenal juga begitu terdesak untuk memperbaharui kontrak Sanchez bagi mengelak berdepan risiko kehilangannya begitu sahaja, lapor The Mirror.

Alex Sandro.

Manchester City hampir berjaya membawa masuk Sanchez pada Ogos lalu dan Pep Guardiola juga percaya peluang untuk mendapatkan semula bekas pemain Barcelona itu masih terbuka luas.

Pihak pengurusan Chelsea tidak akan menyerah kalah terhadap Sanchez selain sanggup membelanjakan sebanyak 60 juta pound sterling terhadap Sandro untuk membuktikan komitmen mereka terhadap Conte.

Baru-baru ini timbul khabar angin bahawa bekas pengurus Juventus itu mahu kembali ke Itali pada hujung musim ini.

Conte dilaporkan kecewa dengan proses jual beli Chelsea di pasaran perpindahan pemain kerana terlepas beberapa pemain yang dikehendakinya. 

Chelsea , Alexis Sanchez , Alex Sandro

Artikel Sebelum

City Hilang Khidmat Aguero 6 Minggu

Artikel Berikut

Doping: Atlet Minta Buka Sampel B - MOM

Artikel Berkaitan

Andrea Pirlo Bakal Sertai Chelsea?

Conte Sedia Angkat Kaki

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel