suria

Ferdinand Perlekeh Sukan Tinju - Bellew

TONY Bellew menganggap bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand sebagai seorang yang terdesak dan memperlekehkan sukan tinju apabila mengumumkan hasratnya untuk bertukar profesion.

Ferdinand mengejutkan peminat sukan bola sepak apabila mengumumkan niatnya untuk menjadi peninju profesional.

Malah, Ferdinand juga tiada pengalaman dalam sukan tersebut dan perlu memperoleh lesen tinju sebelum dibenarkan bertarung di gelanggang.

Bellew yang juga juara dunia cruserweight percaya Ferdinand sebenarnya berniat untuk memperlekehkan sukan tersebut.

"Dia memperolok-olokkan sukan ini.

Tony Bellew.

"Sukan ini bukan sebuah perlawanan, ia sukan serius dan ia juga boleh jadi amat berbahaya.

"Saya tahu dia boleh melakukannya di gim, tapi mengapa dia perlu bertarung di gelanggang sebenar.

"Dia seorang yang cergas dan saya amat menghormatinya selepas menyaksikan dokumentari keluarganya. Namun sikapnya yang begitu terdesak amat menjengkelkan," kata Bellew.

Ferdinand berharap Lembaga Kawalan Tinju Britain (BBBofC) akan mempertimbangkan permohonan lesen yang dikemukakannya.

Badan itu pernah meluluskan lesen pemain Kriket England, Andrew Flintoff selepas permohonan awalnya ditolak sehingga memaksannya menjalani latihan tinju selama 10 bulan.

Rio Ferdinand, Tony Bellew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Allardyce Saman FA

Artikel Lain