suria

Bale Terlepas Aksi Wales

GARETH Bale terkeluar daripada senarai pemain Wales menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Georgia dan Republik Ireland.

Penyerang Real Madrid turut terlepas aksi minggu ini bertemu Espanyol berikutan kecederaan betis yang dialami ketika saingan Liga Juara-Juara bertemu Dortmund minggu lalu.

Sebelum ini Bale disenaraikan menyertai skuad negaranya itu tetapi berdasarkan keadaan terkininya itu, Wales terpaksa bermain tanpanya pada Jumaat ini bertemu Georgia dan pada Selasa menentang Ireland di Cardiff.

Wales kini berada di kedudukan kedua Kumpulan D, mendahului satu mata dengan Ireland, serta ketinggalan empat mata dengan Serbia.

Gareth Bale

Artikel Sebelum

"Bukan Tutup Pintu Selamanya"

Artikel Berikut