suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic Diberi Amaran

ZLATAN Ibrahimovic diberi amaran supaya tidak tergesa-gesa untuk beraksi bersama rakan sepasukan Manchester United selepas menjalani pembedahan lutut pada Mei lalu.

Perkara itu ditegaskan pakar bedar Freddie Fu Ho-keung.

Ibrahimovic tidak turun padang sedang mengalami kecederaan pada ligamen lututnya ketika beraksi pada suku akhir Liga Eropah menentang Anderlecht di Old Trafford pada April.

"Dia seorang yang kuat dan sebagai doktor tentu sekali saya mahu melihat dia beraksi semula tetapi ketika dia benar-benar bersedia dan pulih.

"Banyak kali berlaku apabila pemain kembali beraksi semasa mereka belum benar-benar pulih dan ia memberi kesan kepada kecederaan itu," katanya kepada South China Morning Post.

Pengurus United, Jose Mourinho berhasrat untuk merehatkan penyerang berusia 35 tahun itu sehingga Januari walaupun namanya turut tersenarai dalam skuad Liga Juara-Juara antara September hingga Disember.

"Saya tidak bimbang tentang kecederaannya kerana ia sememangnya mengambil masa lama untuk pulih.

"Malahan, Liga Perdana EPL baru saja bermula dan saya pasti Manchester United tidak mahu pemainya bergesa-gesa bermain untuk pasukan sama ada dalam liga atau kejohanan Eropah," katanya.

Ibrahimovic adalah penjaring gol terbanyak dengan 28 jaringan dalam 46 perlawanan.

Ibrahimovic, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain