suria

Ronaldo Ucap Takziah

CRISTIANO Ronaldo menghantar mesej solidariti kepada keluarga seorang peminat ciliknya yang maut dalam insiden gempa bumi di Mexico.

Ronaldo menerusi Twitternya memuatnaik gambar dia sedang memegang jersi Real Madrid dengan mesej berbunyi 'Kepada peminat No 1 saya, Santiago.'

Media Sepanyol berkata mesej yang ditulis pada jersi tersebut merujuk kepada Santiago Flores, kanak-kanak lelaki yang maut dalam runtuhan sekolah akibat gempa bumi pada magnitud 7.1, baru-baru ini.

Difahamkan ahli keluarga kanak-kanak itu menulis kepada Ronaldo bahawa mangsa merupakan peminat tegarnya.

Seteru Real Madrid, Atletico Madrid berkata pada Sabtu bahawa mereka turut akan menghulurkan sumbangan sebanyak 44,000 pound sterling kepada mangsa yang terjejas dalam insiden itu.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain