suria

Putuskan Hubungan Dengan Brown - Coleen

ISTERI Wayne Rooney, Coleen memberi amaran kepada suaminya itu supaya menghentikan tabiat berjudi dan memutuskan hubungannya dengan Wes Brown jika mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Pemain berusia 31 tahun itu dilarang memandu selama dua tahun selepas didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam sebuah kereta wanita yang dikenali sebagai Laura Simpson.

Susulan itu, Rooney berusaha untuk memulihkan krisis rumah tangganya bersama Coleen yang kini sedang hamil anak keempat mereka.

Coleen bagaimanapun memberitahu Rooney supaya memutuskan hubungan dengan Brown yang juga rakan rapatnya kerana merasakan bekas pemain Manchester United itu membawa pengaruh tidak baik kepada suaminya, lapor The Sun.

Menurut akhbar itu, ibu kepada tiga orang anak itu merasakan ia bukan satu kebetulan Rooney bersama Brown semasa bintang Everton tersebut kalah judi sebanyak 500,000 pound sterling pada Mei lalu.

Malah seorang rakan memberitahu akhbar itu bahawa Rooney sepatutnya menjadi 'ketua keluarga' yang duduk di rumah.

"Apabila dia keluar dengan Brown, tabiat judi mereka sukar dibendung. Coleen menyalahkan Brown punca Rooney berkelakuan di luar kawalan," katanya.

Lima tahun lalu, gambar  Rooney dan Brown dirakam di sebuah kasino di Las Vegas sebaik sahaja bekas pemain Manchester United itu mengetuai England pada Euro 2012.

Wayne Rooney, Coleen

Artikel Sebelum

Ronaldo Ucap Takziah

Artikel Berikut

Usah Pilih Jalan Sukar - Zahasmi

Artikel Lain