suria

Lacazette ‘Terpilih’ Jalani Ujian Doping

ALEXANDRE Lacazette (gambar) tidak dibiarkan untuk meraikan kejayaannya dengan tenang setelah menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang West Brom di Stadium Emirates pada awal pagi Selasa.

Pemain berasal dari Perancis itu 'terpilih' untuk menjalani ujian dadah dan memilih Twitter sebagai medan untuk meluahkan perasaannya berhubung perkara tersebut.

Dia secara bergurau mendakwa terpaksa melalui ujian berkenaan selepas mempamerkan aksi memberansangkan pada perlawanan tersebut.

Penyerang itu berkongsi sekeping gambar dirinya selepas permainan berkenaan dengan kapsyen: "Dua gol jadi...kawalan doping?? bagus kamu semua."

Sementara Arsene Wenger pula berkata: "Saya percaya dia menjadi semakin pada dalam setiap perlawanan."

"Dia masih muda dan baru tiba di England. Keperluan fizikal begitu tinggi," katanya.

Tiga mata yang dipungut Arsenal meletakkan pasukan itu di tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris dengan pertindihan perlawanan dalam Liga Eropah menentang Bate Borisov pada Khamis ini. - Mail Online

Alexandre Lacazette

Artikel Sebelum

Usah Pilih Jalan Sukar - Zahasmi

Artikel Berikut

Ketua Pasukan B-22 Negara Dirisik

Artikel Lain