suria

Ibrahimovic Berdepan Detik Sukar

LEGENDA Arsenal, Thierry Henry berpendapat Zlatan Ibrahimovic akan melalui detik sukar di Manchester United musim ini.

Ini kerana, katanya, penyerang berpengalaman itu perlu bersaing dengan Romelu Lukaku jika ingin mendapatkan semula tempatnya.

Ibrahimovic menjaringkan 28 gol dalam 46 perlawanan pada musim lalu dan berjaya memastikan United memenangi EFL dan Liga Europa.

Bagaimanapun dia yang mengalami kecederaan sebelum ditawarkan kontrak baharu akan berdepan kesukaran berbanding musim sebelumnya.

"Lukaku adalah orang penting ketika ini, jika Ibrahimovic ingin kembali dia perlu bersaing dengan pemain muda ini.

"Penampilan dia di atas padang akan lebih mudah jika Jose Mourinho menggunakan kaedah pusingan atau meletakkan Lukaku di posisi lain," jelasnya.

Namun Henry melihat, Lukaku lebih realistik untuk digunakan sebagai penyerang utama kerana berjaya menjaringkan pada setiap perlawanan.

Arsenal, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain