suria

Manchester United Sedia Dana £155 Juta, Bida Pemain Baru

MANCHESTER United dilapor telah menyediakan dana melebihi bayaran bagi mendapatkan Paul Pogba untuk membeli pemain baru.

Kelab itu dijangka melancarkan bidaan lebih tinggi dari nilai pogba kepada Juventus untuk mendapaktan khidmat Paulo Dybala.

United sedia berbelanja lebih tinggi selepas berpuas hati dengan aksi Pogba dan Romelu Lukaku yang menelan kos.

The Mirror mendakwa, Jose Mourinho sedia membayar sebanyak £155 juta untuk membawa Dybala ke Old Trafford.

Bagaimanapun usaha United tidak begitu mudah kerana Barcelona turut mahukan pemain berusia 23 itu.

Pogba yang turut meminati aksi Dybala dijangka sekali lagi menjadi ejen untuk mempengaruhi pemain berkenaan.

"Saya memanggil Dybala "square r2" kerana jika anda menekan butang itu pada PlayStation ia akan melakukan satu pusingan dan rembatan. Ia sama seperti yang sering dilakukan Dybala," ujarnya.

Manchester United, Paulo Dybala

Artikel Sebelum

Ketua Pasukan B-22 Negara Dirisik

Artikel Berikut

Ibrahimovic Berdepan Detik Sukar

Artikel Lain