suria

Dwight Yorke Komen Skuad Manchester United

BEKAS penyerang terkenal yakin Manchester United mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah.

Dwight Yorke berkata, pertama sekali United memiliki Jose Mourinho yang merupakan jurulatih berpengalaman dan sarat dengan kejayaan.

Menurutnya, ketika musim pertama sahaja, Mourinho berjaya memenangi Perisai Komuniti, Piala EFL dan Liga Europa bersama kelab itu.

Jelasnya, United turut memperkemas barisan pemain dengan membawa masuk Nemaja matic dan Romelu Lukaku dan telah memberi impak besar setakat ini.

"Rekod tanpa kalah sejak awal musim adalah petanda mereka akan memberikan saingan sengit kepada lawan.

"Malah selepas melalui musim tidak menentu, kini semua pemian bersiang untuk berada dalam kesebelasan utama," katanya.

Yorke seorang daripada pemain yang membantu United menjuarai treble pada 1999 ketika dikendali oleh Alex Ferguson.

Tambahnya, tindakan United membina sebuah pasukan dan ia berfungsi dengan baik sehingga kini perlu diambil berat oleh musuh kelab berkenaan.


  
Manchester United, Dwight Yorke

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain