suria

Llorente Setuju Kekal Di Real

Llorente bergambar bersama presiden kelab Real Madrid, Florentino Perez.

REAL Madrid memastikan bintang muda yang semakin meningkat naik tidak berpindah ke kelab lain.

Marcos Llorente bersetuju untuk meneruskan komitmennya bersama Real dengan mengikat kontrak baharu selama empat tahun sehingga 2021.

Llorente merupakan 'produk' yang dilahirkan daripada akademi kelab sebelum ini dan diberi peluang untuk menyertai skuad utama oleh Zinedine Zidane musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu diiikat bagi memastikan aksinya kekal di Bernabeu dalam tempoh panjang dan kepercayaan itu turut dibalas apabila dipanggil bermain ketika aksi kemenangan 2-1 ke atas Alves Sabtu lalu.

"Saya sangat gembira dengan kontrak baharu ini dan berharap membantu merangkul gelaran besar musim ini," ujarnya.

Bintang Sepanyol itu telah merekodkan enam penampilan keseluruhan bersama Real setakat ini.

Dia tiba di Real pada tahun 2008 dan telah mewakili tujuh kelab berbeza di peringkat remaja.Llrente membuat penampilan pertama pada Oktober 2015 ketika bertemu Levante.

Musim lalu, dia menghabiskan musimnya secara pinjaman di Alaves dengan 32 penampilan sepanjang kempen berlangsung.

Marcos Llorente

Artikel Sebelum

Thanabalan Intai Liga Perdana

Artikel Berikut

Artikel Lain