suria

Costa Hanya Impikan Atletico Madrid

Diego Costa. Foto AFP

EVERTON yang membuat cubaan bagi mendapatkan penyerang Chelsea, Diego Costa pada hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas, diberitahu bahawa pemain itu hanya mengimpikan untuk bersama Atletico Madrid, menurut akhbar Sepanyol, Marca.

Akhbar tersebut mendakwa bahawa satu tawaran bernilai £66.4 juta (RM376.5 juta) dengan tambahan bonus yang dikemuakan dari Goodison Park ke Stamford Bridge buat penyerang kontroversi itu.

Bagaimanapun pegawai Everton dengan segera memberitahu pemain itu tidak berminat.

Walaupun Chelsea dilihat mahu menjual penyerang berkenaan namun Costa enggan mendengar sebarang tawaran yang bukan daripada kelab asanya.

Costa mengambil keputusan itu walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa sekatan perpindahan bermaksud beliau tidak dapat bermain untuk mereka sehingga Januari depan. - Mail Online

Diego Costa

Artikel Sebelum

Maklumat Bayaran Neymar Bocor

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain