suria

Lovren Buka Mulut Insiden Disamun Di Zagreb

Isteri Lovren pernah diculik ketika berada di sebuah kafe di Zagreb pada tahun lalu.

PEMAIN pertahanan Liverpool, Dejan Lovren percaya bahawa dia telah ditidurkan menggunakan gas oleh penjenayah yang merompaknya di sebuah pangsapuri di Zagreb, Croatia.

Bintang Liga Perdana itu berkata, dia menjadi sasaran ketika bercuti di bandar itu.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, pencuri mengambil wang tunai dan barang kemas ketika jenayah itu berlaku pada Jun.

Dia memberitahu The Sun pada Ahad: "Ya, saya dirompak. Mereka telah mengambil segalanya daripada saya. Saya langsung tak dengar apa-apa. Seolah-olah mereka telah meletakkan sesuatu di dalam pangsapuri yang saya diami untuk membuatkan saya tertidur.

"Jika mereka culik anak saya pun saya tidak akan tersedar."

The Sun pernah melaporkan pada tahun lalu mengenai seorang gangster cuba menggoda dan menculik isteri Lovren dalam rancangan untuk memeras ugutnya dengan jumlah 3.5 juta pound Sterling (RM19.8 juta).

Lovren begitu bimbang akan keselamatan anak-anaknya dan khuatir sekiranya mereka akan diculik.

"Walaupun kejadian itu satu fasa yang sukar dalam hidup saya, saya takut jika mereka menculik anak-anak saya.

"Ia berlaku ketika sambutan hari jadi anak lelaki saya.

"Saya telah membelanjakan wang yang sangat banyak untuk menyingkirkan semua gambar anak-anak daripada Internet," katanya.

Polis Zagreb pada minggu lalu telah menahan empat lelaki berusia antara 25 hingga 33 berikutan terlibat dalam kejadian rompakan tersebut. - The Sun

Dejan Lovren

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PSG 'Dahaga' Sentuhan Neymar

Artikel Lain