Real Madrid Boleh 'Cuba Nasib' - Herrera - Sukan | mStar

Real Madrid Boleh 'Cuba Nasib' - Herrera

David de Gea. -fotoAFP

KELAB Sepanyol, Real Madrid berhak untuk terus mencuba mendapatkan penjaga gol David de Gea, tetapi rakan sepasukannya percaya penjaga gol itu sudah mempunyai segala-galanya di Manchester United.

Ander Herrera melihat tiada sebab untuk De Gea meninggalkan United untuk Madrid, kerana pemain tengah itu menganggap kelab Inggeris itu tidak kurang hebatnya dan berada tidak jauh di belakang kelab gergasi Sepanyol tersebut.

De Gea telah berkembang menjadi penjaga gawang terbaik dunia sejak bergabung dengan United dari Atletico Madrid pada tahun 2011 dan sering dikaitkan dengan kepulangan ke kota asalnya.

Madrid dilaporkan hampir menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol itu pada tahun 2015, tetapi akhirnya terlepas dan beberapa hari kemudian De Gea meneruskan komitmen dengan menandatangani kontrak sehingga 2019, berserta satu tahun pilihan.

Herrera menjangkakan Madrid akan terus membuat tawaran kepada De Gea pada tahun-tahun akan datang, tetapi pemain berusia 28 tahun itu yakin United adalah sebuah kelab yang hampir sama tarafnya dengan kelab juara Eropah itu.

"Saya menghormati semua penjaga gol seperti Manuel Neuer, Gianluigi Buffon dan Marc-Andre ter Stegen," kata Herrera.

"Tetapi David sekarang adalah pemain nombor satu dunia.

"Dia mahu menjadi legenda di kelab ini, sesuatu yang penting bagi kami. Dia mempunyai kualiti. Dalam bahasa Sepanyol kami menyatakan ia anugerah dari Tuhan. Dia berbeza.

"David sangat gembira buat masa ini kerana kami berjuang untuk segala-galanya. Real Madrid akan terus membincangkannya setiap musim panas sebab dia adalah penjaga gol terbaik di dunia, tetapi kami tidak fikir kami begitu jauh dari Real Madrid." -goal.com

David de Gea , Ander Herrera

Artikel Sebelum

Jurgen Klopp Mengaku

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain