suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juan Mata Patut Ambil Penalti Bukan Martial - Mourinho

JOSE Mourinho mendedahkan sebab Anthony Martial diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan penalti ketika Manchester United menang 4-0 ke atas Everton Ahad lalu.

Pengendali kelahiran Portugal itu berkata, tidak wujud sebarang isu apabila Romelu Lukaku sebagai penyerang utama tidak sempurnakan penalti berkenaan kerana ia adalah pilihan pemain.

Jelasnya, walaupun Juan Mata menjadi pilihan utama untuk menyempurnakan penalti berbanding Lukaku, tetapi dia tetap gembira dengan tindakan Martial.

"Pengambil penalti hari ini ialah Juan Mata tetapi selepas 3-0 kami membiarkan pemain menentukan sendiri.

"Kita dapat lihat Lukaku memberi keyakinan kepada Martial dan dia telah sempurnakan tempoh 10 minit di atas padang dengan baik.

"Ia satu tempoh sesuatu yang indah untuk Martial dalam perlawanan ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain