suria

Pape Souare Kembali!

Nahas yang membabitkan Pape Souare setahun lalu.

PAPE Souare mempamerkan senyuman semasa kembalinya ke kelab Cyrstal Palace musim ini selepas berehat akibat kemalangan jalan raya.

Ribuan peminat menyambut kehadiran pemain itu bagi menunjukkan sokongan dan kegembiraan mereka.

Hanya pemain berusia 27 tahun itu dapat merasai bertuahnya dapat kembali menyarungkan jersi Crystal Palace.

Source muncul dalam perlawanan Piala Liga menentang Huddersfield pada Selasa malam.

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Souare pulih sepenuhnya dan kembali ke kelab Liga Perdana Inggeris.

Menurut Souare, dia tidak pernah mendengar mana-mana pemain mengalami kecederaan seperti yang dilaluinya sebelum ini.

"Bila saya cedera, ia memberi kesan kepada otot. Saya perlu bekerja keras untuk membinanya semula dan permulaan sangat menyakitkan dan tidak selesa. Saya merasakan kaki saya lemah.

"Tapi bila saya melawat ayah, saya melihat keadaan dia, dan saya hanya patah kaki, jadi tidak boleh putus asa. Saya perlu tunjukkan kepada keluarga yang saya boleh kembali. Itu yang ditetapkan dalam fikiran saya.

"Keluarga tidak memberikan sebarang tekanan. Saya sendiri yang meletakkan tekanan itu.

"Apa yang saya tahu, saya perlu bekerja keras walaupun saya tidak tahu akan hasilnya," kata Souare. - Mail Online

Pape Souare

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain