suria

'Janji Kaki' Morata...

Alvaro Morata

ALVARO Morata berharap dapat menjaringkan gol menggunakan kakinya selepas gurauan rakan sepasukannya, Eden Hazard.

Bekas penyerang Real Madrid itu telah menunjukkan permulaan yang baik untuk kerjayanya di Stamford Bridge, menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan terakhirnya.

Tetapi Morata hanya menjaringkan gol dengan kepalanya dan Hazard telah bergurau dengan pemain yang dibeli pada musim panas pada harga £70 juta itu dengan berkata dia perlu membuktikan bahawa dirinya mampu menjaringkan gol menggunakan kaki.

Bercakap mengenai Morata Hazard berkata: "Saya melihat dia banyak menjaringkan gol dengan kepalanya...sekarang dia perlu menjaringkan gol dengan kakinya.

"Dia seorang pemain terbaik. Dia boleh menjaringkan gol setiap kali perlawanan. Apabila dia menjaringkan gol, kami menang, jadi saya fikir dia bagus."

Morata gembira berada di bawah skuad Antonio Conte tetapi bersetuju dengan Hazard bahawa dia perlu menjaringkan gol dengan kakinya. Dia menerima gurauan itu dengan fikiran terbuka.

Dia memberitahu laman web rasmi Chelsea: "Pada masa ini, saya hanya menjaringkan gol dan melakukan 'assist' untuk Chelsea dengan kepala, jadi saya berharap dapat menggunakan kaki tidak lama lagi.

"Benarlah bola sepak Inggeris berbeza dengan Itali dan Sepanyol. Anda tidak mempunyai banyak masa untuk bertenang, atau berehat, kerana bola bahaya setiap masa.

"Anda perlu berada dalam keadaan baik untuk bermain di sini dan mendekati setiap perlawanan dengan mentaliti yang baik," katanya. -metroUK

Alvaro Morata, Eden Hazard

Artikel Sebelum

Mourinho Bengang Dengan Pogba!

Artikel Berikut

Artikel Lain