suria

Felda United Yakin Dapat Lesen Kelab

PETALING JAYA: Felda United yakin akan mendapat lesen berstatus kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jumaat lalu, FAM mengumumkan Felda United antara lima pasukan termasuk Kelantan FA, Sarawak FA, Melaka United dan Kedah yang gagal melepasi syarat mendapatkan status tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Felda United, Zulkarnain Muhammad memberitahu, hanya terdapat sedikit sahaja masalah yang menyebabkan perkara itu tidak diluluskan.

"Kita hanya menunggu pengesahan daripada jabatan audit. Sebelum ini kita hantar kepada FAM tanpa tanda tangan atau cop audit.

"Jadi sebaik sahaja kita dapat dokumen pengesahan itu, saya yakin semuanya akan selesai," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Zulkarnain berkata, tidak ada perkara lain yang berbangkit memandangkan semuanya menepati syarat ditetapkan.

"Hanya tiga peratus sahaja tidak cukup untuk mendapat kelulusan. Sebaik sahaja kita menyerahkan dokumen audit itu, saya yakin kita akan mendapat kelulusan status kelab," ujarnya.


Selain itu, sebanyak tujuh daripada 12 pasukan yang beraksi di Liga Super telah mendapat kelulusan lesen kelab FAM bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.Tujuh pasukan berkenaan adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

Setiap pasukan yang memohon lesen kelab perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harap Ederson Tidak Seperti Cech

Artikel Lain