suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadal Juara Terbuka AS

RAFAEL Nadal menjulang trofi Kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menyingkir Kevin Anderson di pentas akhir awal pagi Isnin.

Nadal mencatat keputusan straigh set 6-3, 6-3, 6-4 untuk merangkul gelaran ketika kejohanan ini selepas 2010 dan 2013.

Sepanjang empat tahun kemarau trofi Terbuka AS, Nadal kembali menguasai gelanggang dengan mempamerkan prestasi cemerlang dengan menyekat kemaraan pemain tinggi lampai dari Afrika Selatan itu.

Bintang Sepanyol ini mengambil masa dua 27 minit untuk memastikan kejuaraan di  Flushing Meadows.

"Sudah tentu tempph dua minggu yang bermakna buat saya. Cuma seperti tidak bercaya apa yang berlaku tahun ini, selepas beberapa tahun berdepan dengan masalah kecederaan.

"Tetapi bermula musim tahun ini, ia sesuatu yang sangat beremosi dan saya telah cuba bermain di tahap tertinggi," luahnya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Nadal turut meluahkan penghargaan kepada pakciknya, Toni yang menjadi tulang belakang kariernya.

"Tidak cukup dengan ucapan terima kasih kepadanya berdasarkan apa yang dia buat selama ini, kemungkinan tanpanya saya tidak pernah bermain tenis.

"Sesuatu yang istimewa apabila ada orang yang selalu memaksa anda sepanjang masa. Sudah tentu dia antara orang yang penting dalam hidup saya," jelasnya.


Terbuka AS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mane Minta Maaf

Artikel Lain