suria

Usain Bolt Dedah Mahu Sertai United

USAIN Bolt percaya kerjayanya dalam sukan baru sahaja bermula, kerana dia mendedahkan ada menerima tawaran dari beberapa kelab untuk menjadi pemain bola sepak.

Walaupun akan menjadi pemain baharu dalam sukan itu, juara Olimpik lapan kali ini telah menetapkan sasaran yang tinggi apabila merancang bermain untuk salah sebuah pasukan terbesar dalam bola sepak dunia, Manchester United.

Usain yang berada di Sydney pada Jumaat untuk melancarkan stor Optus telah lama menjadi peminat gergasi Inggeris itu dan tidak menyembunyikan hasratnya untuk membina kerjaya baharu bersama United.

"Salah satu impian terbesar saya adalah cuba bermain untuk Manchester United dan bermain bola sepak, itulah yang saya selalu fikir," katanya kepada The Saturday Telegraph.

Dia menambah: "Impian besar saya adalah bermain untuk United kerana ia adalah pasukan kesayangan saya sejak kecil, tetapi ada pasukan lain dalam Liga Perdana yang saya pasti ingin cuba."

Atlet berusia 31 tahun itu berkata dia mempunyai 'banyak' tawaran berbeza dari pasukan tertentu yang sedang dipertimbangkannya.

Tetapi dia terpaksa pulih dari kecederaan hamstring yang dialaminya pada perlumbaan terakhir bulan lalu, sebelum dia boleh membuat sebarang keputusan.

"Saya selalu rasakan saya dapat bermain dengan baik dalam bola sepak dan sesuatu yang saya rasakan patut mencubanya selepas bersara," katanya.

Dikenali sebagai 'raja pecut dunia', Usain berkata dia hanya berhasrat untuk meninggalkan bidang sukan apabila mempunyai anak.

Usain Bolt, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain