suria

Klopp Tolak Risiko

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp (gambar) memberi bayangan tidak akan menurunkan Philipe Coutinho dalam kesebelasan utamanya ketika bertemu Manchester City di Stadium Etihad malam Sabtu.

Pemain berusia 25 tahun itu, masih belum membuat penampilan bersama Liverpool musim ini ekoran kecederaan belakang yang dialami, selain dipalit kontroversi berikutan isu perpindahan ke Barcelona.

Kata Klopp, dia tidak mahu mengambil risiko menurunkan Coutinho dalam kesebelasan utama sebaliknya berkemungkinan akan membawa masuk pemain kelahiran Brazil itu pada 20 minit akhir perlawanan.

“Saya nilai Coutinho sudah pulih sepenuhnya dan ia sangat bagus untuk pasukan. Tetapi, dia juga mewakili negaranya (Brazil) sebaik pulih daripada kecederaan.

"Jadi ia tidak masuk akal untuk terus memberikan tekanan kepadanya bermain 90 minit lagi,” katanya.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, Coutinho dua kali dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Ecuador dan Colombia selain turut mencetak satu gol ketika menentang Ecuador.

“Saya perlu berfikir dengan baik sama ada mahu turunkannya atau tidak. Kami juga mempunyai pemain lain yang boleh mengambil tempatnya,” katanya. - Sinar Harian

Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Mourinho Bidas Pereira

Artikel Lain