Hanya Selangkah Rangkul Gelaran - Sukan | mStar

Hanya Selangkah Rangkul Gelaran

KANGAR: Beregu wanita negara melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Bawah 19 Tahun Terbuka Antarabangsa Celcom Axiata 2017 dengan mengalahkan pasangan Korea pada peringkat separuh akhir di Dewan Wawasan 2020 di sini, malam Jumaat.

Pearly Koong/Ee Wei Toh, yang merupakan pilihan keempat kejohanan, menewaskan Na Eun Jeong/Eun Ji Lee 21-15 dan 21-17 sebelum menentang pasangan pilihan ketiga, Fadhila Sugiarto/Ribka Sugiarto dari Indonesia di pentas final, Sabtu.

Bagi acara perseorangan lelaki, Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay dari Indonesia (pilihan kelima) melangkah ke final selepas menewaskan rakan senegara, Gatjra Piliang Fiqihila (pilihan 12), 16-21, 21-8 dan 21-18 pada saingan separuh akhir.

Ikhsan akan bertemu seorang lagi rakan senegara, Hanadako Yusuf Wijayanto selepas pemain bukan piilihan itu melangkah ke final dengan mengalahkan rakan senegara, Alberto Alvin Yulianto  21-16, 22-20.

Keputusan Separuh Akhir:

Perseorangan Lelaki: 

[5] Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay (INA) mn  [12] Gatjra Piliang Fiqihila Cupu (INA) 16-21, 21-8, 21-18.

Hanadoko Yusuf Wijayanto (INA) mn [9] Alberto Alvin Yulianto (INA) 21-16, 22-20.

Perseorangan Wanita:

[8] Aurum Oktavia Winata (INA) mn [3] Asty Dwi Widyaningrum (INA) 21-16, 22-20.

Chen Nianzu (CHN) mn [5] Yaxin Wei (CHN) 21-18, 21-17.

Beregu Lelaki:

Ghifari Anandaffa Prihardika/Ferdian Mahardika Ranialdy (INA) mn Leo Rolly Carnando/ Daniel Marthin (INA) 21-17, 25-23.

Emanuel Randhy Febryto/Alfandy Rizki Kasturo (INA) mn [6] Zijian Di/Wang Chang (CHN) 21-18, 22-20.

Beregu Wanita:

[4] Pearly Koong/Ee Wei Toh (MAS) mn Na Eun Jeong/Eun Ji Lee (KOR) 21-15, 21-17.

[3] Jauza Fadhila Sugiarto/Ribka Sugiarto (INA) mn [1] Min Ji Kim/Ah Yeong Seong (KOR) 21-12, 18-21, 21-14.

Beregu Campuran:

[1] Rehan Naufal Kusharjanto/Siti Fadia Silva Ramadhanti (INA) mn [4] Chan Wang/Min Ji Kim (KOR) 12-21, 21-17, 24-22.

[3] Yeremia Erich Yoche Yacob/Angelica Wiratama (INA) mn [2] Rinov Rivaldy/Ribka Sugiarto (INA) 17-21, 21-17, 21-17.

NOTA: Tanda [ ] menunjukkan pemain pilihan.  - BERNAMA

Pearly Koong/Ee Wei Toh , badminton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

T-Team Gagal Kesan Nor Hakim

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain