suria

CR7 Lancar Minyak Wangi Terbaharu

NAMPAKNYA kerjaya sebagai pemain bola sepak masih belum cukup bagi bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang terkenal dengan jolokan CR7.

Jika sebelum ini dia berjinak-jinak dalam bidang perhotelan, terbaharu Ronaldo beralih menjadi deejay (DJ) untuk melancarkan produk minyak wanginya.

Minyak wangi botol merah CR7 Eau de Toilette (EdT) itu adalah produk ketiga dalam rangkaian perniagaan antarabangsa minyak wangi bintang Portugal itu.

Dijual pada harga pasaran 19 pound sterling (RM105), set minyak wangi terbabit merangkumi gel mandian, deodoran dan penyegar nyaman selepas bercukur.

Ronaldo sempat memanfaatkan masa cuti rehat antarabangsa dan kembali ke Madrid untuk berada pada majlis pelancaran produk terbaharunya itu.

Dia turut melakukan hatrik ketika membantu Portugal menewaskan Faroe Islands 5-1 sebelum membantu Andre Silva menjaringkan gol menang 1-0 ke atas Hungary pada perlawanan kelayakan Piala Dunia.

CR7, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

T-Team Gagal Kesan Nor Hakim

Artikel Berikut

Gunung Jerai Laluan Baharu JM2017

Artikel Lain