suria

Chelsea Bukan Pilihan Terbaik

ALEX Oxlade-Chamberlain akhirnya mendedahkan punca dia menolak Chelsea dan memilih menyertai Liverpool secara mengejut.

Menurut bekas pemain berusia 24 tahun itu, dia tidak pernah mempertimbangkan mana-mana kelab selain Liverpool sebaik sahaja memutuskan angkat kaki dari Arsenal.

Pemain kebangsaan England itu memuktamadkan perpindahan ke Anfield pada hari terakhir dengan bidaan sebanyak 35 juta pound sterling.

Perpindahan itu disempurnakan kurang seminggu selepas Arsene Wenger dilaporkan menerima tawaran sama daripada Chelsea.

Oxlade-Chamberlain, bagaimanapun percaya pasukan kendalian Jurgen Klopp itu akan menawarkan platform sempurna untuk mengembangkan karier bola sepaknya.

"Perkara pertama adalah keputusan sukar untuk meninggalkan Arsenal.

"Itu satu-satunya perkara yang amat sukar untuk saya pertimbangkan tetapi Liverpool adalah satu-satunya pilihan untuk saya dari segi di mana saya fikir saya akan bermain.

"Pasukan itu dan rasa keseluruhan kelab itu pada umumnya hanya dekat dengan diri saya.

"Saya amat berbangga akhirnya saya dapat peluang untuk pergi ke kelab lain," katanya.

Artikel Sebelum

Pereira Gembira Tinggalkan United

Artikel Berikut

'Luar Biasa' Sarung Jersi Negara

Artikel Lain