suria

Mourinho Bidas Pereira

Jose Mourinho

JOSE MOURINHO menuduh Andreas Pereira tidak mempunyai semangat juang untuk bersaing mendapatkan tempatnya di Manchester United.

Pereira menandatangani perjanjian jangka panjang baharu dengan United sebelum menyertai Valencia secara pinjaman sepanjang musim ini.

Tetapi Mourinho menganggap dia telah membuat kesilapan besar dan sepatutnya kekal di Old Trafford untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.

Pengurus dari Portugal itu marah dengan pemain tengah Brazil berusia 21 tahun itu kerana telah membelakangi dirinya untuk menyertai kelab La Liga.

"Ia adalah keputusan peribadi yang saya tak setuju, keputusan yang secara jujur saya rasa bukan keputusan terbaik untuk dirinya, keputusan yang mengecewakan saya.

"Dia ada potensi untuk berjuang mendapatkan tempat, berjuang untuk peluang dan berjuang untuk menjadi pemain Manchester United.

"Keputusannya boleh dianggap seperti seorang pemain muda yang mahu bermain setiap hujung minggu, tetapi juga seorang pemain muda yang tak bersedia berjuang untuk sesuatu yang sukar.

"Sukar untuk bermain di bahagian tengah United. Anda perlu bersedia untuk berjuang untuk posisi itu dan saya kecewa dia pergi.

"Tetapi itu keputusannya, saya membuka pintu untuk keputusannya. Dia mempunyai kontrak jangka panjang, kami mempunyai pilihan untuk membawanya kembali pada 1 Januari, jadi ia bukan satu drama tetapi keputusan yang sedikit mengecewakan saya." -dailystarUK

Jose Mourinho, Andreas Pereira

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klopp Tolak Risiko

Artikel Lain