suria

Conte Bengang Alasan Bodoh Barkley

Antonio Conte

ANTONIO Conte membidas keputusan Ross Barkley yang menolak perpindahan ke Chelsea selepas laporan mencadangkan pemain antarabangsa England itu menarik diri kerana tidak dapat bercakap dengannya.

Pemain tengah Everton itu hampir melengkapkan satu lagi perpindahan ke Stamford Bridge tetapi melakukan pusingan U pada hari akhir jendela perpindahan, menyebabkan Chelsea kecewa.

Keputusannya menolak perpindahan pada saat akhir menyaksikan khabar angin tersebar menyatakan Barkley memberikan alasan tidak dapat bercakap dengan Conte kerana bekas jurulatih Juventus itu telah mematikan telefonnya atau diarahkan untuk tidak bercakap dengan pemain berusia 23 tahun tersebut.

Conte menafikan perkara itu dan membidas Barkley kerana tidak menandatangani perjanjian sambil menegaskan dia sepatutnya lebih menunjukkan minat untuk menyertai Chelsea.

"Jika seorang pemain mempunyai keinginan besar untuk bermain dengan sebuah kelab yang hebat, dia akan menurunkan tandatangan," katanya.

"Kadang-kadang penting untuk pengurus bercakap dengan pemain sebelum perjanjian. Ada masanya tidak. Ya saya telah menandatangani pemain tanpa bercakap dengan mereka.

"Saya tidak mahu bercakap tentang pengalaman Inggeris. Tetapi ketika saya berada di Juventus, pemain menandatangani kontrak untuk Juventus. Bukan untuk pengurus," katanya.

Musim panas ini amat mengecewakan buat pengurus Itali itu selepas gagal mendapatkan beberapa sasaran utama termasuk Romelu Lukaku, Alex Oxlade-Chamberlain dan Fernando Llorente yang menyertai kelab pesaing dalam Liga Perdana. -metroUK


Antonio Conte, Ross Barkley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain