suria

Beregu Pingat Perak Olimpik Rio Berpisah

Wee Kiong (kiri) dan V Shem pada aksi Sukan Olimpik Rio tahun lalu

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memisahkan pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Mereka akan digandingkan dengan pasangan baharu yang lebih muda.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost mengesahkan perkara tersebut pada Jumaat selepas hubungan kedua-dua pemain itu yang juga pemegang pingat perak Sukan Olimpik Rio putus.

Pemisahan pemain itu memang sudah dijangka memandangkan Wee Kiong telah pergi ke Vietnam pada Khamis lalu untuk bertemu dengan Ketua Jurulatih Beregu Negara, Cheah Soon Kit bagi berbincang mengenai pasangan baharunya.

Manakala V Shem mendedahkan pada Khamis bahawa dia sudah putus asa dengan rakan gandingannya itu.

Biarpun Frost tidak menamakan pasangan baharu kedua-dua pemain itu, dua nama menjadi perhatian iaitu naib juara Malaysia Master Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.

Menurut Frost, pemisahan V Shem-Wee Kiong adalah pilihan terbaik biarpun mungkin akan ada kesan perubahan dalam kumpulan acara beregu.

"Kami (saya dan Soon kit) telah berbincang bersama mereka. Kedua-duanya bersetuju untuk berpisah, tetapi mereka bukannya berhenti bermain," jelas Frost selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

"Kejuaraan Dunia di Glasgow bulan lalu merupakan platform terakhir mereka untuk membuat kejutan tetapi gagal.

"Bekas pasangan No. 1 dunia itu tewas pada pusingan kedua kepada pasangan Korea Selatan Chung Eeu-seok dan Kim Duk-young.

"Ini adalah jalan terbaik. Tidak ada guna untuk memaksa mereka kerana ia tidak berkesan," jelas Frost.

Jelas Frost lagi, mereka akan mendedahkan pasangan baharu untuk V Shem dan Wee Kiong pada Mesyuarat Jawatankuasa Jurulatih dan Latihan (C&T) pada 18 September ini.

"Saya dan Soon Kit berkongsi pandangan yang sama mengenai V Shem dan Wee Kiong yang perlukan gandingan lebih muda. Ia satu risiko yang kami sedia terima," ujar Frost.

"Kami belum membuat keputusan lagi, namun semuanya sudah dibincangkan di C&T. Gandingan baharu itu akan diuji pada Kejohanan terbuka Perancis, Terbuka Bitburger (Jerman) , terbuka Macau, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Artikel Sebelum

Ibra Sampaikan Pesan Untuk JM

Artikel Berikut

Artikel Lain