suria

Korea Selatan Layak Ke Piala Dunia 2018

TASHKENT: Korea Selatan sekali lagi layak ke kejohanan Piala Dunia Fifa untuk kali kesembilan selepas memperolehi keputusan seri menentang Uzbekistan dalam perlawanan terakhir pada Selasa, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Meskipun seri tanpa jaringan, Korea Selatan layak selepas perlawanan antara Iran dan Syria berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Keputusan itu membolehkan Korea Selatan menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A pusingan kelayakan Asia dengan memperolehi 15 mata daripada empat kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan.

Iran muncul juara Kumpulan A dengan 22 mata.

Aksi Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia sekaligus menjadikan Korea Selatan satu-satunya negara di Asia paling kerap menyertai kejohanan itu dan di tangga keenam di peringkat dunia di belakang Brazil, Jerman, Itali, Argentina dan Sepanyol.

Korea Selatan berjaya menyertai Piala Dunia sejak 1986.

Perlawanan kelayakan antara Korea Selatan dan Uzbekistan berlangsung di Stadium Bunyodkor. - BERNAMA

Korea Selatan, Piala Dunia 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Falcao Benamkan Usaha Willian

Artikel Lain