suria

Falcao Benamkan Usaha Willian

Falcao melompat di hadapan James Rodriguez ketika penyokong Colombia jaringan gol yang membawa keputusan seri satu sama menentang Brazil. - AP

COLOMBIA dan Brazil seri satu sama dalam persaingan sengit untuk kelayakan ke Piala Dunia 2018 selepas Radamel Falcao pada babak kedua membenamkan usaha Willian yang cemerlang mengawal babak pertama pada Selasa.

Colombia tidak pernah berjaya menewaskan Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia tetapi keputusan seri itu menandakan pertama kali dalam 10 perlawanan jurulatih Brazil, Tite melangkah jauh daripada kelayakan.

Brazil sudah layak ke perlawanan di Rusia tahun depan dan keputusan itu membuatkan Colombia berada di tempat kedua di belakang mereka dengan berbaki lagi dua perlawanan. - Mail Online

Radamel Falcao

Artikel Sebelum

Artikel Lain