suria

Moldova 0-2 Wales: Langkah Cemerlang Wales Ke Piala Dunia 2018

Ben Woodburn menundukkan Robson-Kanu untuk menjaringkan gol buat Wales ketika perlawanan menentang Moldova. - Reuters

SELEPAS menundukkan Ben Woodburn ketika bermain untuk Wales, Gareth Bale turut berusaha untuk mengalihkan perhatian yang ditumpukan ke atas pemain berusia 17 tahun itu dengan satu debut untuk diingati penonton.

"Letak tekanan ke atas saya," kata Bale.

Rentak mengejar kegembiraan menjadi semakin sulit selepas satu lagi 'cameo' dari bangku simpanan yang hanya menguatkan lagi bahawa Woodburn ialah seorang pemain yang amat berbakat.

Selepas mempamerkan prestasi cemerlang ketika Wales menentang Austria, Woodburn melakukannya sekali lagi empat hari kemudian di Moldova.

Walaupun kelihatan Wales hanya sekadar berpuas hati dengan keputusan seri, bintang muda Liverpool itu memberikan aksi mendebarkan pada 11 minit terakhir.

Dia menerima bola di sayap kiri, berlari menentang pertahanan lawan dan memberikan hantaran lintang menggunakan kaki yang dipijak Hal Robson-Kanu. Ia sememangnya satu aksi penyudah yang baik, namun gol itu sebenarnya 'milik' Woodburn.

Empat minit kemudian, dia sekali lagi hampir melakar kejayaan melalui tendangan padu yang memaksa penjaga gol Ilie Cebanu terpaksa mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan pasukannya.

Pada tiupan wisel terakhir, Wales mengatasi Ireland ke kedudukan kedua dalam Kumpulan D dan selangkah lebih dekat bagi sekurang-kurangnya bermain untuk tempat 'play-off'.

Tanpa Woodburn, impian Welsh menuju ke Piala Dunia 2018 mungkin akan terkubur. - Mail Online

Wales, Ben Woodburn, Gareth Bale

Artikel Sebelum

Falcao Benamkan Usaha Willian

Artikel Berikut

Artikel Lain