suria

Costa Sedia Buat Pusingan U

RAKAN pasukan Diego Costa di Chelsea percaya penyerang Sepanyol itu bakal menamatkan mogoknya untuk tidak kembali ke Stamford Bridge.

Costa yang menjaringkan 24 gol Liga Perdana Inggeris musim lalu masih berada di Brazil selepas dimaklumkan Antonio Conte bahawa dia tiada dalam perancangannya.

Chelsea mendenda Costa setiap dua minggu ketika dia gagal kembali ke barat London tetapi rakan-rakannya percaya dia mungkin mengubah pendiriannya dan kembali ke kelab itu, lapor Daily Telegraph.

Costa begitu terdesak untuk kembali ke Atletico Madrid semasa jendela perpindahan pemain dibuka pada musim panas lalu tetapi segalanya tidak seperti dirancang.

Perpindahan itu gagal dimuktamadkan menyebabkan masa depan Costa kini terumbang-ambing.

Atletico dilaporkan mahu melengkapkan perpindahan Costa pada Januari depan apabila sekatan perpindahan yang dikenakan terhadap mereka berakhir.

The Telegraph berkata penyerang kelahiran Brazil itu memberi bayangan bahawa dia akan kembali ke Stamford Bridge dan berlatih bersama skuad pembangunan.

Jika dia benar-benar kembali ke London, Costa akan bersemuka dengan pihak pengurusan kelab untuk memaklumkan mengenai ketidakhadirannya semasa sesi latihan sebelum ini.

Bercakap mengenai keputusannya untuk memulaukan bintang kebangsaan Sepanyol itu, Conte berkata pada Julai lalu bahawa dia tidak mahu bercakap mengenai pemain yang tiada bersama Chelsea ketika itu.

"Namun satu perkara yang saya boleh beritahu anda pada Januari, situasi Costa amat jelas, untuk kelab, untuk dirinya dan juga ejennya. Bagi saya situasi tertutup.

"Chelsea akan berkunjung ke Stadium King Power pada Sabtu untuk bertemu Leicester City.

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain