suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serena Williams Kini Bergelar Ibu

Serena Williams

SERENA Williams dilaporkan telah melahirkan seorang bayi perempuan di West Palm Beach, Florida.

Berita menggembirakan itu dikhabarkan ketika kakaknya, Venus, akan turun ke gelanggang untuk pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat.

Serena, pemenang 23 gelaran Grand Slams, dilaporkan telah dimasukkan ke dewan bersalin pada Jumaat.

Tunangnya, Alexis Ohanian dipercayai berada di sisinya.

Venus sempat ditanya tentang kelahiran bayi dengan berat 6 paun, 13 aun itu.

"Jelas sekali saya sangat teruja. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya kepada ESPN.

"Saya amat teruja untuknya, dia akan menjadi contoh terbaik kepada anak perempuannya itu," kata pengulas ESPN, Chris Evert.

"Saya telah memberitahu Serena bahawa ini adalah rasa cinta yang anda tidak pernah rasakan sebelum ini dan saya tahu dia mungkin sedang mengalaminya sekarang," katanya.

Serena Williams, bayi perempuan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain