suria

Rooney Didakwa Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Wayne Rooney. -fotoAP

WAYNE Rooney telah dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol selepas ditangkap pada awal pagi Jumaat.

Penyerang Everton itu ditahan oleh polis berhampiran rumahnya di Prestbury, Cheshire sejurus selepas 2 pagi.

Rooney, yang telah dibebaskan dengan jaminan, dijangka hadir di Mahkamah Majistret Stockport pada 18 September.

Sekeping gambar Rooney di bar Bubble Room di Alderley Edge muncul di Instagram jam 10 malam, bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.

Pemain berusia 31 tahun itu adalah penjaring gol terbanyak England, tetapi bersara dari tugas antarabangsa bulan lepas.

November tahun lalu, Rooney dilaporkan mabuk sehingga tidak boleh bercakap selepas dijemput untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Insiden berkenaan berlaku ketika skuad England diberikan rehat selepas kemenangan ke atas Scotland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Rooney tampil dalam 559 perlawanan, menjaringkan 253 gol dan memenangi 16 trofi kejuaraan ketika bersama Manchester United sebelum menyertai kembali Everton pada Julai lalu.

Wayne Rooney, mabuk

Artikel Sebelum

Serena Williams Kini Bergelar Ibu

Artikel Berikut

Drinkwater Sertai Chelsea

Artikel Lain